Baby Hello Kitty

Friday 20 April 2012

Kepentingan Ilmu



Tuntutan zaman pada masa kini telah membuktikan peri pentingya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk manfaat akan datang.  Tuntutan dalam mencari ilmu bukan sahaja pada era  globalisasi kini, malahan sejak zaman selepas kedatangan Islam lagi.  Segala perkembangan, rentetan sejarah ketamadunan di dunia berkait rapat dengan ilmu.  Kalau kita bina tamadun tetapi tidak bina akhlak anak muda, maka anak muda itu akan meruntuhkan ketamadunan yang dibina: Ibnu Khaldun.

Bertitik tolak daripada kemajuan dan ketamadunan kini, ilmu merupakan asas utama dalam pembangunan.  Dunia dulu kucar kacir akibat daripada jahilnya tentang ilmu.  Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, antara yang terkandung ialah berkenaan kelebihan menuntut ilmu, mengajarkan ilmu dan kelebihan ilmu itu sendiri.  Islam menekankan kepentingan ilmu kerana melalui ilmu mereka lebih dekat kepada Maha Pencipta.  Teringat ungkapan keramat pensyarah di universiti “Impian sebuah kejayaan akan menjadi jauh jika kita semakin jauh dari Maha Pencipta”.  Betapa ringkas tersuratnya tetapi dalam tersiratnya.
Kepentingan ilmu itu disemai dari buaian sehingga ke liang lahad.  Wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah iaitu “Iqra” merupakan kunci kepada ilmu kini.  Islam terbina atas dasar  ilmu.  “Iqra” merupakan manfestasi terhadap penerokaan ilmu.  Di negara Malaysia juga menekankan kepentingan ilmu,melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan budaya masyarakat berilmu baik yang terlibat secara lagsung atau tidak langsung di dalam kegiatan keilmuan.
Kecelaruan dalam pelbagai hal dapat diselesaikan andai berlandaskan ilmu yang tepat.  Cukup besar kepentingan ilmu itu, malah cukup besar juga akibatnya jika tersalah dalam mentafsir ilmu yang cukup luas skopnya.  Ada pepatah berbunyi “ kerana senjata kamu mati sekali, tetapi kerana bertutur ilmu yang salah kamu mati berkali-kali bahkan bergenerasi”.  Oleh itu penting juga dalam mengajarkan dan mengamalkan ilmu yang tepat dan sesuai.

Oleh itu, sedarlah dalam mengocak fikiran dalam menilai kepentingan ilmu pada masa kini.  Bersihkan hati, kerana pemilik hati yang gelap sukar menerima hidayah malah ilmu juga payah untuk singgah.  Rebutlah peluang menuntut ilmu,  memetik kata Tun Mahathir, universiti merupakan gedung ilmu, bukan gudang pekerjaan.  Apabila berilmu ikutlah “ resmi padi makin berisis, makin tunduk”.   Memandang langit yang tinggi usah lupa kaki yang memijak bumi.

No comments:

Post a Comment

Bobblehead Bunny Bobblehead Bunny