Baby Hello Kitty

Friday 23 March 2012

MeMaknaKan CinTa PaDa LaNdaSan BeNar





Cinta adalah fitrah
Cinta cetusan perasaan yang terbit dari orbit naluri yang menjurus kepada warasnya akal fikiran yang sedar akan hakikat kewujudan cinta.  
Tatkala nabi Adam AS diciptakan,kesunyian itu Allah ubati dengan terciptanya Hawa yang diambil asalnya dari tulang rusuk Adam.  Dekat pada hati untuk dicintai dan dekat dengan lengan untuk dilindungi.  Cinta juga altruistik, mendahulukan sesuatu kepada yang dicintai  Setiap yang tercipta dengan jasad dan roh mempunyai warna dan episode cinta yang terselit dalam kehidupan.  Dan termasuklah saya, analoginya pepohon yang semakin dicantas  tetapi semakin bertunas menjadi rimbunan pepohon.





Ada yang mengatakan cinta itu hanya bersifat duniawi semata-mata.  Walhal dengan cinta itu la yang dapat membawa kepada akhirat yang abadi.  Biarlah berfikir mengikut akal fikiran, bagi yang kurang ilmu, kita ajarkan, kurang bimbingan kita beri dorongan.  Terngiang-ngiang petikan ceramah dalam mahabbah cinta.  Cinta sesuatu yang subjektif merubah nilai insani daripada buruk menjadi cantik, daripada cacat jadi sempurna, daripada busuk kepada mewangi yang hujungnya menciptakan kepelbagaian manifestasi cinta. 
           Menurut Ibn Taimiyyah, cinta terbahagi kepada 2 iaitu cinta yang berunsurkan iman dan cinta berunsurkan syahwat .  Cinta syahwat inilah yang disifatkan duniawi.  Cinta harus disusun mengikut awlawiyyat (prioriti).  






Cinta yang sebenar dapat menguatkan lagi rasa kehambaan pada yang maha Mencintai.  Itulah cinta yang hakiki.  Apabila diri mencintai yang maha Mencintai  susah payah cuba diatasi, memberi bukan demi meraih balasan tetapi kerana meletakkan jiwa pada cinta hakiki yang mana perlu ada bagi setiap hamba yang mencintai tuhannya. 


Pengakuan sebagai muslim tidak cukup andai tidak disertai dengan usaha. Ibarat solat, solat merupakan modifikasi sebagai muslim.  Cinta melalui fi’li (perbuatan) qauli (makna lisan) dan paling penting asasnya qalbi (pada rasa yang bersemi di hati.  Salah satu usaha memaknakan cinta ialah melalui benih kecintaan terhadap Rasulullah serta para Anbiya.  Melalui amalan sunnahnya,selawat ke atas nabi juga salah satu cara melahirkan kecintaan Nabi SAW bersabda :
3 perkara jika terdapat dalam diri manusia dengan melaluinya mencapai kelazatan iman :

Ialah apabila dia mencintai Allah dan rasulnya lebih daripada keluarganya, mencintai seseorang kerana Allah  dan tidak mahu kembali kepada kekafiran itu sebagaiman tidak mahu dicampak ke dalam api neraka

                     ( Bukhari: No.15,Muslim: no.60, Tirmizi:no.2548 ,Nasaie: no. 4901)


            Makna cinta bersinar andai dimanfaat nikmatnya ke jalan yang lurus.  Mencintai sesama Muslim membawa kepada kecenderungan mencintai yang Maha Mencintai.  Ibarat akar pokok terhadap konteks ukhwah yang indah.  Cinta sesama makhluk melahirkan keturunan, persaudaraan, kebahagiaan, dan banyak lagi.  Naluri mencintai dan dicintai itu lumrah.  Oleh itu adanya landasan agama dalam menghalalkan rasa cinta itu melalui pernikahan yang sah. 



            “Dan segala sesuatu itu kami ciptakan berpasangan supaya mengingati kebesaran Allah (Surah Adz-dzariyaat:49)

Maka melalui pernikahan ini juga Allah ciptakan mahar cinta mawaddah dan warahmah.   Pendekatan dalam mendekatkan diri dengan Allah bertambah dengan berjemaah bersama keluarga, mencari rezeki yang halal sebagai nafkah untuk keluarga yang menerbitkan rasa tenteram pada rohani dan jasmani. 


           Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih dan sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

 ( Surah Ar-Ruum:21)

 Konsep kepentingan  interaksi cinta terbit dari daripada ikatan kekeluargaan, cinta sesama mukmin mendidik kita mencintai ibu bapa.  Merendah diri, taat, hormat dan patuh kepada kedua orang tua.  Doa anak-anak yang soleh kunci kebahagiaan ibu dan bapa.  Doa anak-anak soleh ini mampu menjadi amalan yang tidak akan terputus meskipun setelah ketiadaan di dunia. 




Wahai Tuhanku, kurniakanlah rahmat kasih sayang kepada kedua ibu bapa kami, sebagaimana mereka mengasihiku,menyalurkan kecintaan kepadaku dan memelihara serta mendidiku semasa aku kecil” (Al-Israa:24)


            Episod kecintaan sesama muslim yang juga diangkat menjadi salah satu makna cinta sebenar tetapi melalui pendekatan persaudaraan, iaitu ukhwah persaudaraan golongan Ansar kepada golongan muhajirin. 


            "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara"( Al-Hujurat:49)


            Pada makna cinta, al-hubb mengubah musibah menjadi nikmat kesabaran, amarah menjadi ramah dan pelbagai lagi indikasi cinta.  Kurniaan Rabb itu amat indah, walupun tidak dapat tidak melaluinya terkadang mampu melukakan namun hakikatnya tidak boleh dinafikan ianya pelengkap kepada setiap jasad yang bernyawa dan sedar tidak sedar hadirnya kadang-kala tidak diundang.   Bermuhasabah la kita dalam menilai makna cinta.  Mengagungkan cinta hakiki, mencintai yang lain sekadar perlu dan renungilah indikasi cinta kita di tahap mana dan pada siapa.







No comments:

Post a Comment

Bobblehead Bunny Bobblehead Bunny