Baby Hello Kitty

Friday 25 May 2012

Penggunaan aspek visual dalam penulisan: Gambar



Penggunaan aspek visual dalam penulisan: Gambar
Penulisan merupakan salah satu medium atau platform terbaik bagi menyampaikan sesuatu maklumat.  Penulisan mampu menyemarakkan lagi budaya ilmu kepada masyarakat.  Hal ini kerana penulisan mampu menyuntik lapangan kefahaman yang pelbagai. Tidak kira apa jua fahaman atau ideologi.   Melalui penulisan kefahaman itu kekal dan di bawa dari satu zaman ke satu zaman yang lain bahkan bergenerasi.  Malahan, penulisan juga mampu menyumbang kepada  penjanaan idea-idea baru.  Melalui idea atau ilmu baru, ianya  diperlukan untuk  pembaharuan konsep, kefahaman, teori, teknik dan pelbagai lagi skop dalam pelbagai bidang. Penulisan menurut Awang Sariyan (1991)  iaitu merujuk kepada pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis yang melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan dan pemikiran.  Definisi yang dimaksudkan bertepatan dengan tajuk tugasan iaitu penggunaan aspek visual dalam penulisan dan salah satunya penggunaan gambar.  Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2005, h. 365 gambar disinonimkan dengan lukisan, foto, gambar foto, potret, rajah, lakaran.     Terkadang bahasa figuratif di dalam penulisan kreatif itu mampu menghasilkan daya tarikan tersendiri dengan membawa pembaca mencetus daya imaginasi namun tidak kurang juga dengan pengunaan ilustrasi atau gambar. 
Seperti sedia maklum, penggunaan gambar atau ilustrasi ini terangkum sebagai ciri-ciri dalam penulisan popular.  Penulisan dengan garapan atau nilai tambah aspek visual gambar ini mampu menarik minat para pembaca.  Menurut kamus dewan , halaman 1538 visual bermaksud bukan atau berdasarkan penglihatan, dapat dilihat dan teknik itu memberi kesan menarik, bentuk diutamakan, keistimewaan kesan yang menggunakan  teknologi yang semakin hari semakin baik.  Pada kebiasaan, gambar memainkan peranan penting dalam “menghidupkan” nilai penyampaian cerita  atau maklumat dalam sesebuah penulisan.  Tidak dapat dinafikan ada antara pembaca yang lebih mudah menghadamkan atau memahami input-input serius yang cuba disampaikan dalam penulisan panjang melalui penggunaan aspek visual gambar. 
Dalam sesebuah penulisan, gambar atau penggunaan ilustrasi mampu mangangkat meseg berguna berbanding dengan ratusan patah perkataan kerana penggunaan gambar atau imeg ini lebih cepat difahami isi-isi atau input dalam penulisan sekaligus menarik perhatian pembaca.  Apabila adanya kombinasi gambar di dalam sesebuah penulisan, maka bahagian kanan otak akan memproses ilustrasi atau gambar yang dipaparkan manakala  bahagian otak kiri pula akan memproses perkataan-perkataan, oleh itu, akan terhasilnya para pembaca yang diaktifkan penggunaan otaknya secara optimum dan mampu memantapkan lagi kefahaman, penghayatan meseg yang terkandung dalam sesebuah penulisan, baik panjang mahupun pendek. 
Salah satu contoh penulisan terbaik yang menyelitkan fokus penggunaan gambar ialah akhbar yang mana terangkum dalam contoh-contoh penulisan popular.  Julian Harris,Kelly Leiter dan Stanley Johnson( 1989:671)  mengemukakan beberapa panduan sebagai asas tarikan sesebuah akhbar.  Unsur tipografi (teknik percetakan) memainkan peranan penting dalam penghasilan akhbar yang baik.   Surat khabar yang mengandungi   kandungan berita yang tersusun, rekabentuk yang memaparkan beberapa cerita berbeza dalam ruang minimum, halaman surat khabar iaitu tiap-tiap baris mestilah berupaya berkomunikasi dengan pembaca dan menghasilkan maklumat dan unsur tipografi  gambar atau ilustrasi  yang baik.   Unsur gambar inilah yang membawa kepada keberkesanan penyampaian maklumat.  Tipografi moden merangkumi peletakan tajuk-tajuk besar di atas bahagian akhbar disokong oleh gambar.  Elemen peragaan seperti huruf, ilustrasi gambar (baik hitam putih atau berwarna) tajuk besar harus diletakkan pada ruangan yang bersesuaian dan teknik ini biasa digunakan bagi memaparkan cerita paling bernilai atau sensasi.  Gambar berwarna-warni dalam sesebuah penulisan merupakan kombinasi dan kesinambungan terbaik bagi menyampaikan meseg utama yang cuba disampaikan. 
Kesimpulannya, penggunaan aspek visual iaitu gambar dalam sesebuah penulisan merupakan salah satu teknik berkesan bagi mengetengahkan meseg atau maklumat yang ingin disampaikan dalam ribuan patah perkataan dalam sesebuah penulisan.  Penggunaan gambar merupakan nilai tambah terbaik dalam sesebuah karya penulisan.  Malah, bukan sahaja melalui penulisan, bahkan efektif dalam menyampaikan meseg ringkas seperti yang digunakan secara global.  Antaranya yang tertera pada papan-papan tanda, iklan, dan juga poster.  Gambar sahaja mampu membawa makna atau meseg yang cuba disampaikan dan dapat ditafsirkan sendiri oleh segenap lapisan  masyarakat.  Baik tua atau muda.  Malah, bukan itu sahaja, ia menjadi daya tarikan melalui gambar dan warna.  Namun, harus diingat, setiap manusia mempunyai titik buta (blindspot) tersendiri, disebabkan itu, terkadang sesuatu yang dilihat jelas oleh seseorang mungkin kabur dilihat oleh orang lain.  Sekalipun gambar mempercepat kefahaman input dalam sesebuah penulisan itu, tidak bermakna perkataan itu tidak membantu.  Sekalipun sudah ada rotan, itu tidak bermakna akar tidak berguna.  Penggunaan gambar dan aspek visual lain dapat dijadikan teknik berkesan dalam menyampaikan maklumat dan mempercepatkan proses kefahaman setiap pembaca.  Teknik visual (gambar) mampu menjadi sumbu yang menyalakan api kefahaman kepelbagaian maklumat dalam sesebuah penulisan. 


Tuesday 8 May 2012

Bukan Pemansuhan tapi Penstrukturan




Melihat kepada isu politik domestik kini tidak lari daripada kegilaan politik dalam menyebarkan polemik dan agenda parti masing-masing sehingga isu remeh turut dijadikan isu.  Apabila melihat kepada isu-isu seperti ini haruslah melihat dengan kaca mata dan menilai secara logik dan realistik.  Tidak kira pegangan parti politik mana haruslah ditolak tepi agar sesuatu keputusan itu tidak berbau politik tetapi wasatiyyah.  
     Menjelang pilihanraya pasti terdapatnya banyak polemik untuk mempromosi agenda politik sendiri.  Isu yang hangat diperkatakan salah satunya ialah “pemansuhan PTPTN”. Janji yang diuar-uarkan iaitu pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi.
Persoalan jika PTPTN dimansuhkan, sumber mana kerajaan harus cari bagi menampung pendidikan di setiap institute pengajian tinggi.  Seperti diketahui umum, kerajaan telah memberikan pendidikan percuma kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.  Nilai lah secara realistik apakah jumlah siswa-siswi di setiap IPT hari ini akan sama pada hari ini jika pinjaman ini dimansuhkan.  Tentunya tidak.  Masih ramai lagi yang tidak berkemampuan sekiranya tiada pinjaman ini bagi melanjutkan pelajaran.  Usah menyalahkan kerajaan.  Jika semua dana tertumpu kepada pelajaran bagaimana dengan hal-hal bahagian lain? Pastinya berlaku kenaikan. Rakyat tidak melihat ini. Pasti ada yang tidak dapat ditampung sebagai contoh subsisi barang makanan. 
     
 Sepatutnya, tidak perlu untuk drastik dalam memansuhkan PTPTN tetapi perlu kepada     penstrukturan semula pinjaman ini.  Penstrukturan dari segi pengahapusan kadar faedah atau bunga yang dikenakan oleh badan pinjaman ini. Sebagai siswi Islam, sesiapa pun tidak mahu terlibat dengan riba.  Riba haram di sisi Islam.  Objektif utama penghapusan kadar faedah bukan pemansuhan pinjaman ini.   Jika dimansuhkan pinjaman ini apakah logik kerajaan memberikan pendidikan percuma andai pelajar IPT pasti ada yang sambil lewa.  Lihat sahaja situasi hari ini, meski meminjamjumlah pinjaman yang banyak, namun masih ada lagi yang sambil lewa. 
  
    Kesimpulannya, janganlah menjadi seperti anjing menyalak bukit, tetapi perlu kepada bersuara, lebih realistik.  Jika benar-benar tidak mahu membayar pinjaman fokus kepada kecemerlangan, kerana pelajar yang berada di kelas pertama tidak perlu membayar pinjaman ini kerana ditukarkan kepada biasiswa kerana suatu kejayaan yang menguntungkan banyak pihak.Bukan dengan melakukan protes berhari-hari.  Apa yang kita mampu kini berusaha menjadi bahu, bukan hanya telinga dan mata kepada isu ini.  Usah terlalu skeptikal.  Mengetuk minda bukan dengan mengutuk perbuatan.  

Saturday 5 May 2012

HAYATI BUKU BEDUK DIKETUK


     Beduk Diketuk merupakan sebuah buku yang padat dengan unsur memotivasikan minda dan hati para pembacanya.  Melalui kisah-kisah yang diberi nafas Islam namun para penganut lain juga digalakkan membacanya kerana bermotifkan motivasi mengajak kita berfikir di luar kotak fikiran dan muhasabah diri.  Kisah-kisah berunsurkan gaya hidup Islam yang mencuit perasaan tetapi gah dalam misi menyedarkan fikiran dan menyalakan api perubahan.  Menggunakan analogi Beduk Diketuk, yang membawa meseg tersendiri.  Apabila beduk diketuk pastinya kita tertanya-tanya perkara apa yang berlaku menyebabkan beduk diketuk, lantas kita member perhatian, mendengar dengan teliti dan bertindak apa yang sepatutnya.  Buku ini amat menarik kerana mempunyai nilai tambah penceritaan melalui selita ilustrasi gambar yang lucu namun bertepatan dengan kisah.  Nik Wafdi membantu kepada penghayatan setiapa pembaca melalui lukisan beliau di dalam buku ini. 

Pahrol Mohd Juoi merupakan penulis yang dikagumi.  Melalui buku ini beliau cuba mengeluarkan idea bijak dengan menghasilkan produk ilmu yang menjurus ke arah budaya ilmu setiap orang iaitu berfikir secara logik dan realistik.  







Buku ini membawa meseg dan pengajaran apabila dewasa ini kita hanyut dalam arus perdana, beliau cuba mengajak bermuzakarah, berkongsi pandangan agar pelbagai perspektif dan keputusan dinilai secara holistik. Melalui dialog, kisah dan permasalahan yang ditulis dalam Beduk Diketuk, ia membawa kepada memujuk pembaca untuk sedar, bangkit bahkan ada antara kisah yang membuat kita “terkena batang hidup sendiri”.  Mesegnya ringkas, supaya tergerak untuk membuat perubahan, tiada paksaan, sifar tekanan bahkan tiada kutukan.  Ianya tidak lebih daripada sekadar teguran yang diakui kebenarannya.


Ilustrasi dalam buku ini berjaya di dalam misi menyampaikan meseg dibant dengan perkataan. Secara tidak langsung juga menyeru ke arah hakikat Islam itu indah secara ilmiah dan kita seharusnya mencerminkan keindahan yang lebih melalui amaliah.

Kesimpulannya,  kata bijak pandai “kebaikan perlu dimulai berkali-kali” oleh itu, saya mengajak para penggemar buku supaya membaca buku yang sarat dengan input-input serius tetapi disampaikan secara santai, mencuit perasaan namun output sebenar mengajak kita berfikir.  Beduk Diketuk diharap mampu menbangunkan dirimu dan menyeru orang lain.  

Saturday 21 April 2012

Memaknakan UNIVERSITI


  


   Menyelusuri jalan untuk menimba ilmu harus diiringi dengan niat tulus.   Ilmu diperoleh daripada pelbagai gedung ilmu, termasuklah universiti.   Setiap orang pasti menimpikan impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.   Di mana jambatan ilmu dalam menuju kejayaan.  Universiti membawa makna tersendiri dalam mencorak episod kehidupan seseorang.  
     


    
    Universiti terangkum pelbagai lapangan ilmu seperti sains kedoktoran, marin, kejuruteraan, hubungan antarabangsa, kesusasteraan dan sebagainya yang menyediakan fakulti tersendiri.  Konteks universiti meluas dalam kehidupan seorang pelajar.  Gedung ilmu ini membawa kepada pendedahan ilmu, kesejagatan, selangkah menuju alam pekerjaan, kemahiran dan sebagainya.  


Saat melanjutkan pelajaran ke universiti, harapan dan doa ibu bapa dirangkul bersama-sama  agar dijadikan penguat semangat semata-mata ilmu berguna.  Universiti membawa makna tersendiri dalam menjadi wadah buat manusia untuk mengajar manusia lain untuk menjadi sebenar manusia. 
     Segelintir pelajar menganggap universiti sebagai tidak lari daripada “3 K” iaitu Kuliah, Kawan dan Kafe.  Walhal makna universiti sebenar tidak disempitkan kepada 3 perkara itu sahaja, bahkan terlalu meluas sehingga merasakan tempoh pembelajaran tidak cukup untuk menimba sebanyak ilmu.   Betapa rugi jika pelajar yang memaknakan universiti seperti itu.  Peluang mendapatkan ilmu daripada pensyarah adalah suatu peluang terbaik ketika di universiti.  Betapa tidak, pensyarah yang berpengalaman, lebih makan garam pasti mempunyai kepelbagaian ilmu. 
Di universiti juga pastinya seorang pelajar akan melalui rentetan saat sukar.  Namun, hadiah daripada kesukaran itu pastinya pengalaman yang sarat pengajaran.  Jatuh bangun di universiti dalam proses pencarian ilmu akan melengkapkan kehidupan dan sudah pasti akan dikenang buat seorang mahasiswa atau mahasiswi.  Universiti juga menyaksikan bagaimana siswa-siswi mendepani stress dan akhirnya sukses.  
Dalam firman Allah
     Sesungguhnya setiap kesukaran itu Allah sertai dengan Kemudahan, dan bersungguh mengerjakan amalan baik yang lain
( Al-Sharh 5-7)
     




















     Episod kecemerlangan dan kegagalan di universiti memerlukan keaktifan dan penglibatan di luar bidang seperti sukan dan kemahiran lain.  Apabila kombinasi kepelbagaian bidang yang dijadikan  kebiasaan barulah tepat dalam memaknakan universiti dalam kehidupan.


Friday 20 April 2012

Kepentingan Ilmu



Tuntutan zaman pada masa kini telah membuktikan peri pentingya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk manfaat akan datang.  Tuntutan dalam mencari ilmu bukan sahaja pada era  globalisasi kini, malahan sejak zaman selepas kedatangan Islam lagi.  Segala perkembangan, rentetan sejarah ketamadunan di dunia berkait rapat dengan ilmu.  Kalau kita bina tamadun tetapi tidak bina akhlak anak muda, maka anak muda itu akan meruntuhkan ketamadunan yang dibina: Ibnu Khaldun.

Bertitik tolak daripada kemajuan dan ketamadunan kini, ilmu merupakan asas utama dalam pembangunan.  Dunia dulu kucar kacir akibat daripada jahilnya tentang ilmu.  Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, antara yang terkandung ialah berkenaan kelebihan menuntut ilmu, mengajarkan ilmu dan kelebihan ilmu itu sendiri.  Islam menekankan kepentingan ilmu kerana melalui ilmu mereka lebih dekat kepada Maha Pencipta.  Teringat ungkapan keramat pensyarah di universiti “Impian sebuah kejayaan akan menjadi jauh jika kita semakin jauh dari Maha Pencipta”.  Betapa ringkas tersuratnya tetapi dalam tersiratnya.
Kepentingan ilmu itu disemai dari buaian sehingga ke liang lahad.  Wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah iaitu “Iqra” merupakan kunci kepada ilmu kini.  Islam terbina atas dasar  ilmu.  “Iqra” merupakan manfestasi terhadap penerokaan ilmu.  Di negara Malaysia juga menekankan kepentingan ilmu,melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan budaya masyarakat berilmu baik yang terlibat secara lagsung atau tidak langsung di dalam kegiatan keilmuan.
Kecelaruan dalam pelbagai hal dapat diselesaikan andai berlandaskan ilmu yang tepat.  Cukup besar kepentingan ilmu itu, malah cukup besar juga akibatnya jika tersalah dalam mentafsir ilmu yang cukup luas skopnya.  Ada pepatah berbunyi “ kerana senjata kamu mati sekali, tetapi kerana bertutur ilmu yang salah kamu mati berkali-kali bahkan bergenerasi”.  Oleh itu penting juga dalam mengajarkan dan mengamalkan ilmu yang tepat dan sesuai.

Oleh itu, sedarlah dalam mengocak fikiran dalam menilai kepentingan ilmu pada masa kini.  Bersihkan hati, kerana pemilik hati yang gelap sukar menerima hidayah malah ilmu juga payah untuk singgah.  Rebutlah peluang menuntut ilmu,  memetik kata Tun Mahathir, universiti merupakan gedung ilmu, bukan gudang pekerjaan.  Apabila berilmu ikutlah “ resmi padi makin berisis, makin tunduk”.   Memandang langit yang tinggi usah lupa kaki yang memijak bumi.
Bobblehead Bunny Bobblehead Bunny