Baby Hello Kitty

Saturday 5 May 2012

HAYATI BUKU BEDUK DIKETUK


     Beduk Diketuk merupakan sebuah buku yang padat dengan unsur memotivasikan minda dan hati para pembacanya.  Melalui kisah-kisah yang diberi nafas Islam namun para penganut lain juga digalakkan membacanya kerana bermotifkan motivasi mengajak kita berfikir di luar kotak fikiran dan muhasabah diri.  Kisah-kisah berunsurkan gaya hidup Islam yang mencuit perasaan tetapi gah dalam misi menyedarkan fikiran dan menyalakan api perubahan.  Menggunakan analogi Beduk Diketuk, yang membawa meseg tersendiri.  Apabila beduk diketuk pastinya kita tertanya-tanya perkara apa yang berlaku menyebabkan beduk diketuk, lantas kita member perhatian, mendengar dengan teliti dan bertindak apa yang sepatutnya.  Buku ini amat menarik kerana mempunyai nilai tambah penceritaan melalui selita ilustrasi gambar yang lucu namun bertepatan dengan kisah.  Nik Wafdi membantu kepada penghayatan setiapa pembaca melalui lukisan beliau di dalam buku ini. 

Pahrol Mohd Juoi merupakan penulis yang dikagumi.  Melalui buku ini beliau cuba mengeluarkan idea bijak dengan menghasilkan produk ilmu yang menjurus ke arah budaya ilmu setiap orang iaitu berfikir secara logik dan realistik.  







Buku ini membawa meseg dan pengajaran apabila dewasa ini kita hanyut dalam arus perdana, beliau cuba mengajak bermuzakarah, berkongsi pandangan agar pelbagai perspektif dan keputusan dinilai secara holistik. Melalui dialog, kisah dan permasalahan yang ditulis dalam Beduk Diketuk, ia membawa kepada memujuk pembaca untuk sedar, bangkit bahkan ada antara kisah yang membuat kita “terkena batang hidup sendiri”.  Mesegnya ringkas, supaya tergerak untuk membuat perubahan, tiada paksaan, sifar tekanan bahkan tiada kutukan.  Ianya tidak lebih daripada sekadar teguran yang diakui kebenarannya.


Ilustrasi dalam buku ini berjaya di dalam misi menyampaikan meseg dibant dengan perkataan. Secara tidak langsung juga menyeru ke arah hakikat Islam itu indah secara ilmiah dan kita seharusnya mencerminkan keindahan yang lebih melalui amaliah.

Kesimpulannya,  kata bijak pandai “kebaikan perlu dimulai berkali-kali” oleh itu, saya mengajak para penggemar buku supaya membaca buku yang sarat dengan input-input serius tetapi disampaikan secara santai, mencuit perasaan namun output sebenar mengajak kita berfikir.  Beduk Diketuk diharap mampu menbangunkan dirimu dan menyeru orang lain.  

No comments:

Post a Comment

Bobblehead Bunny Bobblehead Bunny