Melihat kepada isu
politik domestik kini tidak lari daripada kegilaan politik dalam menyebarkan polemik
dan agenda parti masing-masing sehingga isu remeh turut dijadikan isu. Apabila melihat kepada isu-isu seperti ini
haruslah melihat dengan kaca mata dan menilai secara logik dan realistik. Tidak kira pegangan parti politik mana
haruslah ditolak tepi agar sesuatu keputusan itu tidak berbau politik tetapi
wasatiyyah.
Menjelang
pilihanraya pasti terdapatnya banyak polemik untuk mempromosi agenda politik
sendiri. Isu yang hangat diperkatakan
salah satunya ialah “pemansuhan PTPTN”. Janji yang diuar-uarkan iaitu
pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi.

Sepatutnya,
tidak perlu untuk drastik dalam memansuhkan PTPTN tetapi perlu kepada penstrukturan semula pinjaman ini.
Penstrukturan dari segi pengahapusan kadar faedah atau bunga yang
dikenakan oleh badan pinjaman ini. Sebagai siswi Islam, sesiapa pun tidak mahu
terlibat dengan riba. Riba haram di sisi
Islam. Objektif utama penghapusan kadar
faedah bukan pemansuhan pinjaman ini.
Jika dimansuhkan pinjaman ini apakah logik kerajaan memberikan
pendidikan percuma andai pelajar IPT pasti ada yang sambil lewa. Lihat sahaja situasi hari ini, meski meminjamjumlah
pinjaman yang banyak, namun masih ada lagi yang sambil lewa.
Kesimpulannya,
janganlah menjadi seperti anjing menyalak bukit, tetapi perlu kepada bersuara,
lebih realistik. Jika benar-benar tidak
mahu membayar pinjaman fokus kepada kecemerlangan, kerana pelajar yang berada
di kelas pertama tidak perlu membayar pinjaman ini kerana ditukarkan kepada
biasiswa kerana suatu kejayaan yang menguntungkan banyak pihak.Bukan dengan
melakukan protes berhari-hari. Apa yang
kita mampu kini berusaha menjadi bahu, bukan hanya telinga dan mata kepada isu
ini. Usah terlalu skeptikal. Mengetuk minda bukan dengan mengutuk
perbuatan.
No comments:
Post a Comment