Baby Hello Kitty

Saturday 21 April 2012

Memaknakan UNIVERSITI


  


   Menyelusuri jalan untuk menimba ilmu harus diiringi dengan niat tulus.   Ilmu diperoleh daripada pelbagai gedung ilmu, termasuklah universiti.   Setiap orang pasti menimpikan impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.   Di mana jambatan ilmu dalam menuju kejayaan.  Universiti membawa makna tersendiri dalam mencorak episod kehidupan seseorang.  
     


    
    Universiti terangkum pelbagai lapangan ilmu seperti sains kedoktoran, marin, kejuruteraan, hubungan antarabangsa, kesusasteraan dan sebagainya yang menyediakan fakulti tersendiri.  Konteks universiti meluas dalam kehidupan seorang pelajar.  Gedung ilmu ini membawa kepada pendedahan ilmu, kesejagatan, selangkah menuju alam pekerjaan, kemahiran dan sebagainya.  


Saat melanjutkan pelajaran ke universiti, harapan dan doa ibu bapa dirangkul bersama-sama  agar dijadikan penguat semangat semata-mata ilmu berguna.  Universiti membawa makna tersendiri dalam menjadi wadah buat manusia untuk mengajar manusia lain untuk menjadi sebenar manusia. 
     Segelintir pelajar menganggap universiti sebagai tidak lari daripada “3 K” iaitu Kuliah, Kawan dan Kafe.  Walhal makna universiti sebenar tidak disempitkan kepada 3 perkara itu sahaja, bahkan terlalu meluas sehingga merasakan tempoh pembelajaran tidak cukup untuk menimba sebanyak ilmu.   Betapa rugi jika pelajar yang memaknakan universiti seperti itu.  Peluang mendapatkan ilmu daripada pensyarah adalah suatu peluang terbaik ketika di universiti.  Betapa tidak, pensyarah yang berpengalaman, lebih makan garam pasti mempunyai kepelbagaian ilmu. 
Di universiti juga pastinya seorang pelajar akan melalui rentetan saat sukar.  Namun, hadiah daripada kesukaran itu pastinya pengalaman yang sarat pengajaran.  Jatuh bangun di universiti dalam proses pencarian ilmu akan melengkapkan kehidupan dan sudah pasti akan dikenang buat seorang mahasiswa atau mahasiswi.  Universiti juga menyaksikan bagaimana siswa-siswi mendepani stress dan akhirnya sukses.  
Dalam firman Allah
     Sesungguhnya setiap kesukaran itu Allah sertai dengan Kemudahan, dan bersungguh mengerjakan amalan baik yang lain
( Al-Sharh 5-7)
     




















     Episod kecemerlangan dan kegagalan di universiti memerlukan keaktifan dan penglibatan di luar bidang seperti sukan dan kemahiran lain.  Apabila kombinasi kepelbagaian bidang yang dijadikan  kebiasaan barulah tepat dalam memaknakan universiti dalam kehidupan.


3 comments:

  1. 3 k... Sebelum masuk u saya tdk kenal kafe, kantin shj... Harus di baca oleh smua mahasiswa dan siswi... Jemput tukar2 links ya nurul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih meluangkan masa ringkas anda membaca....:)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Bobblehead Bunny Bobblehead Bunny